ADVERTISE HERE
KUCHING, 13 Sept: Seramai 208 individu diperiksa manakala 99 motosikal disita dalam Operasi Samseng Jalanan di Jalan Tun Salahuddin yang berlangsung dari malam Sabtu hingga awal pagi Ahad.
Operasi bermula jam 8.30 malam, 12 September hingga 6 pagi, 13 September 2026 melibatkan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak serta Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPD Kuching.
Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, operasi itu membabitkan empat pegawai kanan polis bersama 34 anggota dan bertujuan membanteras aktiviti samseng jalanan serta memastikan pengguna jalan raya mematuhi undang-undang lalu lintas.
“Hasil operasi, seorang lelaki tempatan berusia 17 tahun ditahan,” katanya.
Menurutnya, polis turut memeriksa 187 kenderaan dan mengeluarkan 222 saman PDRM (K) 257 atas pelbagai kesalahan lalu lintas.
“Sebanyak 99 motosikal turut disita di bawah Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.
Beliau menegaskan operasi seperti itu akan diteruskan dari semasa ke semasa dan mengingatkan pengguna jalan raya supaya mematuhi undang-undang, tidak terlibat dalam aktiviti samseng jalanan serta mengelakkan pengubahsuaian kenderaan yang melanggar peraturan.-TVS

50 minutes ago
5








English (US) ·