ADVERTISE HERE
KUCHING, 13 Nov: ADUN Kota Sentosa Wilfred Yap memberi peruntukan tambahan RM100, 000 dibawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) kepada JKKK Lubok Buan bagi tujuan menambahbaik kemudahan dewan kampung.
Terdahulu beliau telah memperuntukan jumlah yang sama bagi menaik taraf dewan tersebut, bagi kemudahan penduduk.
“Tuai Rumah Micheal Mada serta ahli-ahli jawatankuasa Kampung memohon peruntukan tambahan bagi tujuan menambahbaik dewan.
“Peruntukan awal RM100, 000 di bawah RTP tidak mencukupi. Peruntukan dengan jumlah yang sama akan disalurkan kepada Kampung Lubok Buan di bawah RTP bagi tahun 2024,” kata Wilfred.
Sementara itu, beliau menyeru penduduk kampung untuk terus Bersatu dibawah kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) pimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
“Lebih 150 inisiatif dari GPS yang dilaksanakan sejak 2017 telah membawa kestabilan, pembangunan dan kemakmuran,” katanya. — DayakDaily