Agensi pembangunan kawasan pinggir Miri bakal diwujudkan – Abang Johari

1 hour ago 4
ADVERTISE HERE

MIRI, 13 Sept: Kerajaan Sarawak bersetuju secara prinsip untuk mewujudkan agensi pembangunan khusus bagi kawasan pinggir Miri bagi mempercepat pembangunan di kawasan berkenaan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pendekatan itu mengambil kira keperluan pembangunan kawasan luar bandar dan pinggir bandar Miri yang mempunyai potensi untuk berkembang.

Cadangan tersebut jelasnya boleh dilaksanakan menerusi model agensi pembangunan seperti yang digunakan di kawasan lain di Sarawak.

“Atas prinsip, kita bersetuju untuk membangunkan kawasan-kawasan luar Miri, Miri dan pinggirannya, termasuk Lambir dan Marudi.

“Mungkin kita bangunkan Agensi Pembangunan Miri,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Konvensyen Khas PBB Sarawak Zon Utara di Stadium Tertutup Miri, di sini, hari ini.

Abang Johari berkata, antara pembangunan yang sedang diberi perhatian termasuk Beraya New Township, yang dilihat berpotensi menjadi pemangkin kepada pembangunan kawasan pinggir Miri.

Jelas beliau, pendekatan menerusi agensi khusus itu boleh membantu menyelaras pembangunan di kawasan berkenaan, sama seperti agensi pembangunan yang diwujudkan di kawasan lain di Sarawak. – TVS

Read Entire Article