AIM25: Aura bintang Tokti gegar BCCK

1 hour ago 6
ADVERTISE HERE

KUCHING, 26 Sept: Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri tumpuan pada Anugerah Industri Muzik 2025 (AIM25) apabila kehadirannya di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini malam ini disambut sorakan gemuruh.

Kemunculan penyanyi tersohor itu di pintu masuk utama BCCK disambut meriah oleh para hadirin yang tidak melepaskan peluang menyaksikan kehadiran penyanyi kesayangan mereka.

Siti Nurhaliza tampil anggun dalam persalinan gaun yang dihiasi elemen berkilauan, menyerlahkan penampilannya pada acara berprestij industri muzik tanah air itu.

Beliau turut meluangkan masa beramah mesra bersama peminat yang hadir sebelum menyertai segmen karpet merah bersama pengacara, Yusuf Shukri dan Elya Nabila.

Siti Nurhaliza, atau lebih mesra dikenali sebagai Tokti, kemudian beredar selepas selesai meluangkan masa di segmen berkenaan.

Pentas AIM25 ini, Tokti turut menjadi antara tumpuan apabila menerima 14 pencalonan dalam pelbagai kategori, termasuk menerusi lagu Kesuma bagi kategori Anugerah Vokal Wanita Terbaik.

Tiga karya beliau, iaitu Cenderamaya, Kumbang Bunga dan Jenjang Cinta turut membolehkannya bersaing dalam kategori Kolaborasi Artis/Penulis Lagu Tempatan Bersama Artis/Penulis Luar Negara Terbaik.

Dalam kategori Lagu Tradisional Terbaik, nama Siti Nurhaliza turut disenaraikan menerusi empat karya, iaitu Kesuma, Rencong, Hujung Bumi dan Pesanan Buat Diri.

Sementara itu, album Gema Bumantara turut melayakkan beliau bersaing dalam kategori Album Terbaik dan Rakaman Album Terbaik.

Lagu Pesanan Buat Diri pula menerima pencalonan bagi kategori Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Negara, selain bersaing dalam kategori Rakaman Lagu Terbaik bersama Kesuma.

Siti Nurhaliza turut melengkapkan senarai pencalonannya menerusi lagu Raya Nak Ke Mana? bagi kategori Lagu Perayaan Terbaik. – TVS

Read Entire Article