Amaran hujan berterusan di Mersing dan Kota Tinggi hingga esok

10 months ago 84
ADVERTISE HERE

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan daerah Mersing dan Kota Tinggi di Johor hingga esok.

Berdasarkan ramalan cuaca signifikan yang dikeluarkan MetMalaysia hari ini, ia susulan penumpuan angin timuran yang dijangka berlaku di selatan Semenanjung, Sarawak dan timur Sabah hingga Ahad yang boleh menyebabkan peningkatan kelembapan serta berpotensi membawa hujan di kawasan terbabit.

Amaran angin kencang dan laut bergelora kategori kedua pula melibatkan Condore & Reef North (di perairan antara Sabah dan Vietnam) hingga Isnin depan, manakala amaran kategori pertama melibatkan pulau Tioman di Pahang, Samui (di Thailand), dan Bunguran (di Indonesia) berkuat kuasa esok hingga Sabtu.

“Di negeri-negeri lain, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang berpotensi berlaku pada sebelah petang hingga ke malam,“ menurut kenyataan itu. -Bernama

Read Entire Article