Anugerah Khas Pengetua pembakar semangat McWilbert

6 days ago 16
ADVERTISE HERE

KUCHING, 24 Sept: Anugerah Khas Pengetua menjadi pembakar semangat buat pelajar Sekolah Menengah Teknik (SMT) Sejingkat, McWilbert Li Koliah Anak Lidang untuk terus berusaha mencapai cita-citanya sebagai jurutera awam.

Pengiktirafan itu menjadi antara pencapaian yang mendorong McWilbert untuk terus meningkatkan prestasi akademik dan kokurikulum sepanjang pengajiannya.

Beliau turut mencatat tempat ketiga dalam kelas dan tempat ke-10 daripada 177 pelajar, selain menerima pengiktirafan dalam bidang kokurikulum serta mata pelajaran Sejarah dan Pendidikan Moral.

Menurut McWilbert, pencapaian tersebut turut didorong sokongan guru, rakan-rakan dan keluarga yang sentiasa memberikan bimbingan serta tunjuk ajar.

“Usaha saya adalah hasil daripada dorongan guru-guru dan rakan-rakan. Bukan itu sahaja, keluarga saya dan kawan-kawan saya juga sentiasa memberikan dorongan, bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya,” katanya.

Katanya, beliau berhasrat mengikuti jejak bapanya dengan menceburi bidang kejuruteraan awam.

“Impian saya adalah untuk menjadi jurutera dalam bidang kejuruteraan awam. Saya ingin menjadi seperti bapa saya yang juga mengambil bidang kejuruteraan awam,” ujarnya.

Selepas SPM, beliau merancang menyambung pengajian di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) di Gambang atau Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi merealisasikan cita-citanya. – TVS

Read Entire Article