Banjir: 43 mangsa di Johor, Sarawak pulih sepenuhnya setakat malam Jan 21 - NADMA

10 months ago 79
ADVERTISE HERE

KUALA LUMPUR: Sebanyak 43 mangsa banjir masih berlindung di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor manakala PPS di Sarawak telah ditutup sepenuhnya setakat malam ini.

Berdasarkan laporan terkini Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), satu-satunya PPS yang masih dibuka ialah di daerah Segamat yang menempatkan 12 keluarga.

Sementara itu, tinjauan situasi di Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati beberapa sungai berada pada paras bahaya iaitu Sungai Johor di Kota Tinggi, Johor; Sungai Kedah (Kota Setar, Kedah); Sungai Arau (Arau, Perlis); dan Sungai Terengganu (Hulu Terengganu, Terengganu).

NADMA turut memaklumkan sebanyak 17 jalan ditutup akibat banjir, jambatan rosak dan cerun runtuh antaranya Jalan Boh di Cameron Highlands, Pahang; Jalan Lingkaran Kahang Barat di Kluang, Johor dan Jalan Durian Mentangau di Dungun, Terengganu. - Bernama

Read Entire Article