ADVERTISE HERE
MIRI, 25 Sept: Golongan belia digalak menceburi bidang keusahawanan menerusi perniagaan sambilan bagi menjana pendapatan tambahan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, penglibatan golongan muda dalam aktiviti jualan sempena perayaan Pesta Kuih Bulan dapat menjadi platform untuk mereka mengembangkan kreativiti selain menjana pendapatan.
“Di sini terdapat 25 gerai dan semua pengusaha gerai ini terdiri daripada orang muda.
“Saya ingin menggalakkan mereka untuk berusaha menjadi pengusaha dan menjalankan perniagaan seperti ini sebagai kerja sambilan atau part-time yang boleh memberikan pendapatan tambahan,” katanya ketika ditemui pada Mid-Autumn Escape Plan Market anjuran Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Pergerakan Belia SUPP Cawangan Senadin di sini, malam tadi.
Jelas beliau, penglibatan golongan belia dalam aktiviti keusahawanan seperti itu wajar digalakkan kerana dapat memberi ruang kepada mereka mengetengahkan kreativiti masing-masing.
“Ini yang kita mahu galakkan supaya lebih ramai orang muda kita dapat menunjukkan kreativiti mereka dan pada masa sama membantu mereka memperoleh pendapatan tambahan,” ujarnya. – TVS

3 hours ago
6








English (US) ·