Bomba bantu buka kereta terkunci dari dalam di Tudan

3 hours ago 7
ADVERTISE HERE

MIRI, 14 Sept: Pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong membantu membuka sebuah kereta yang terkunci  dari dalam di sebuah rumah di Jalan Harmoni, Kampung Tudan Fasa 6 di sini, hari ini.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima pada jam 12.52 tengah hari, sebelum jentera FRT bersama enam anggota bergerak ke lokasi.

“Jentera tiba di lokasi pada jam 1.13 tengah hari kira-kira 10 kilometer dari BBP Lutong, dan operasi dimulakan seminit kemudian.

“Pihak bomba mendapati sebuah kereta terkunci di rumah pelapor ketika tiba di lokasi,” kata kenyataan itu.

Selepas membuat penilaian keselamatan (size-up), pasukan bomba menggunakan alatan khas bagi membuka kenderaan berkenaan.

Operasi melibatkan sebuah jentera FRT dan enam anggota daripada BBP Lutong.-TVS

Read Entire Article