Keadaan di lokasi kejadian.

KUCHING, 10 Jan: Seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan meninggal dunia, manakala kembarnya selamat selepas ditemui lemas di sungai berdekatan Kampung Gita Baru, Petra Jaya hari ini.

Mangsa berusia 12 tahun disahkan meninggal dunia semasa cuba diselamatkan di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Difahamkan kejadian dilaporkan berlaku pada jam 2.41 petang.

“Kedua-dua kanak-kanak berumur 12 tahun merupakan kembar; seorang selamat dan seorang lagi disahkan meninggal dunia di HUS.

“Pihak polis meminta orang ramai untuk menghormati keluarga mangsa,” kata sumber.

Adik-beradik tersebut ditemui orang awam di sungai tersebut sebelum kedua-duanya diselamatkan dan seterusnya dikejarkan ke HUS.

Bagaimanapun, seorang daripadanya disahkan meninggal dunia pada petang tadi semasa sedang menerima rawatan di HUS. — DayakDaily