ADVERTISE HERE
KUCHING, 24 Sept: Penyanyi terkenal tanah air, Dayang Nurfaizah merancang untuk melakukan kejutan buat peminatnya menerusi projek baharu yang masih dirahsiakan.
Dayang berkata, buat masa ini beliau belum bersedia untuk mendedahkan perancangan berkenaan kerana masih memikirkan langkah seterusnya untuk peminatnya.
“Saya tengah sibuk seperti biasa dengan undangan nyanyian dan saya juga sedang memikirkan apa langkah seterusnya untuk peminat saya selepas ini.
“Sentiasa doakan terbaik untuk saya dan apa-apa yang saya buat kerana saya mahu yang terbaik untuk peminat saya,” katanya ketika ditemui TVS sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di sini, hari ini.
Beliau akan menghadiri Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-25 pada Sabtu ini.
Mengulas pencalonannya pada AIM, Dayang menyifatkan semua artis yang berjaya berada dalam kelompok lima terbaik sebagai pemenang.
“Saya cuma mahu ucapkan selamat maju jaya kepada semua yang dicalonkan. Lima teratas bukan senang dan apabila sudah dapat pencalonan lima teratas itu, semua sudah menjadi pemenang bagi saya,” katanya.
Penyanyi kelahiran Kuching itu turut melahirkan rasa bangga apabila AIM ke-25 berlangsung di tempat kelahirannya.
Pada edisi kali ini, Dayang tercalon dalam kategori Lagu Perayaan Terbaik menerusi lagu Jodoh Hari Raya, bersaing dengan empat calon lain iaitu Jom Raya nyanyian Daiyan Trisha, Meriah Lain Macam (Hael Husaini dan Nadeera), Raya Nak Ke Mana? (Datuk Seri Siti Nurhaliza) dan Serumpun (Mimifly). – TVS

6 days ago
16








English (US) ·