ADVERTISE HERE
MIRI, 24 Sept: Delegasi National Anti-Financial Crime Centre (NFCC) mengadakan lawatan ke Taman Negara Niah, termasuk menerokai Great Cave, sempena Program Retreat Anggota Lembaga Penasihat dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif NFCC, semalam.
Delegasi diketuai Ketua Pengarah NFCC, Dato’ Sri Shamshun Baharin Mohd Jamil.
Menurut kenyataan Sarawak Forestry Corporation (SFC), lawatan itu memberi peluang kepada delegasi menghayati keunikan khazanah alam, biodiversiti serta warisan Taman Negara Niah yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
“Delegasi turut menerima penerangan mengenai kepentingan pemuliharaan, pengurusan kawasan perlindungan serta kelestarian biodiversiti yang menjadi antara tanggungjawab penting Sarawak Forestry Corporation (SFC).
“Selain menghayati keindahan semula jadi Great Cave, lawatan itu turut menjadi platform untuk mempererat hubungan dan jaringan kerjasama antara NFCC dan SFC,” kata kenyataan itu. -TVS

1 hour ago
4








English (US) ·