ADVERTISE HERE
KUCHING, 22 Sept: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang dijadualkan berlangsung dari 12 hingga 21 Oktober ini dijangka menjadi persidangan terakhir bagi penggal ke-19.
Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berkata, perkembangan berkaitan persidangan berkenaan akan dimaklumkan menerusi sidang media yang dijadualkan diadakan sebelum persidangan bermula.
“Persidangan DUN ke-19 Sarawak yang akan datang dijangka menjadi persidangan terakhir bagi penggal semasa sebelum tempoh DUN berakhir,” katanya ketika ditemui media pada majlis penutupan Seminar Aku Kasih Malaysia: Pimpinan Belia Negeri Sarawak di Kuching pada Selasa.
Menurutnya, sebarang perkembangan mengenai agenda serta rang undang-undang yang bakal dibentangkan dijangka diketahui dengan lebih jelas menerusi sidang media berkenaan.
“Pejabat saya belum menerima sebarang rang undang-undang daripada kerajaan, belum lagi,” katanya. -TVS

1 day ago
7








English (US) ·