GPS komited tunai janji kepada rakyat

4 days ago 24
ADVERTISE HERE

BETONG, 26 Sept: Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus memastikan setiap komitmen yang diberikan kepada rakyat dilaksanakan, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Beliau berkata, pendekatan kepimpinan GPS bukan sekadar membuat janji, sebaliknya memastikan setiap perkara yang dijanjikan diterjemahkan melalui pelaksanaan.

“Pemimpin kita tidak hanya berjanji. Pemimpin kita tunai janji.

“Di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Premier Sarawak, GPS akan melaksanakan apa yang kita janjikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Sarawakku Sayang Bahagian Betong di sini, hari ini.

Uggah turut menyatakan sokongan terhadap usaha GPS untuk mempertahankan kawasan yang diwakili gabungan itu sekiranya pilihan raya diadakan.

“Kita semua menyokong kuat dan kita berharap apabila wisel ditiup nanti, kita akan memastikan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kembali ke tangan GPS,” ujarnya.

Menurut Uggah, keupayaan melaksanakan komitmen kepada rakyat perlu terus menjadi antara keutamaan kepimpinan dalam meneruskan agenda pembangunan Sarawak. – TVS

Read Entire Article