Kalau dah pro-Israel hmm minta maaf lah.
Cover image via Newswav & Gaya
Siapa saja yang tidak mengenali penyanyi pop terkenal Amerika, Bruno Mars bukan?
Bagi anda yang belum tahu, Bruno Mars bakal mengadakan konsertnya di Malaysia bulan September nanti.
Pada awalnya, kebanyakan rakyat Malaysia teruja dengan kedatangannya. Iyalah, banyak lagu yang dicipta oleh Bruno Mars menjadi kegemaran halwa telinga kita semua sejak dulu lagi.
Namun begitu, ramai sudah berpaling tadah dan bertindak ingin memboikot konsertnya gara-gara khabar angin mengatakan Bruno adalah penyokong zionis dan pro-Israel.
Mengaku cintakan Tel Aviv semasa buat konsert di Israel
Baru-baru ini, tular sebuah berita daripada The Times Of Israel dengan tajuknya 'Pop superstar Bruno Mars declares his love for Tel Aviv in first-ever Israel show' yang mengundang kemarahan ramai, termasuklah rakyat Malaysia.
Hal ini kerana Bruno Mars dikatakan menyokong Israel dan seolah-olah 'menutup mata' dengan kezaliman genosid yang dilakukan oleh zionis itu. Malah, dia mengaku cintakan Tel Aviv ketika menyanyikan salah satu lagu popularnya.
Di media sosial, ramai bersetuju untuk memboikot Bruno Mars dan menyeru agar penyanyi pop itu untuk menunjukkan solidariti terhadap Palestin.
Sementara itu, stesen radio Fly FM dipuji netizen apabila mereka mengambil keputusan untuk tidak mempromosi dan memainkan lagu-lagu Bruno Mars selepas berita mengenainya tular
Malah, Fly FM merupakan stesen radio yang paling kerap menunjukkan sokongan terhadap Palestin.
"I love the fact yang radio berbahasa inggeris lain sibuk pasang lagu Bruno dan promote konsert dia tapi Fly FM ambil pendekatan berbeza dan paling loud menunjukkan sokongan kepada Palestine! Thanks Fly FM.
"Even his concert venue in Israel was a Palestinian village. Now you know," kata seorang pengguna di X, @Januarhaikal.
This is why we should boycott Bruno Mars from performing in KL and not be lalang by only supporting causes when they benefit us. More than 40,000 Palestinians have lost their lives due to this genocide. Surely, we can't remain neutral on this matter? #alleyesonrafah #freepalestine
Thats what i like -Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: