Jadikan pickleball acara sukan tahunan di Santubong seperti RWMF — Nancy

10 months ago 87
ADVERTISE HERE
Nancy (berdiri kanan) merakamkan kenangan bersama pasukan juara, Kelab RB Rinduk.

KUCHING, 10 Dis: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Dato Sri Nancy Shukri yakin sukan pickleball boleh meningkatkan aktiviti pelancongan di Santubong.

Katanya, dengan penganjuran sukan pickleball, pengunjung dari dalam dan luar negeri boleh datang seterusnya menikmati keindahan Sarawak.

“Saya dibesarkan di Santubong dan bapa saya adalah bekas Ketua Kampung Santubong.

“Adalah menjadi tanggungjawab saya membangunkan kawasan Santubong termasuk industri pelancongan,” katanya.

Nancy berkata demikian di Majlis Makan Malam Kejohanan Pickleball Jemputan Damai Rainforest 2023 di Santubong malam tadi.

Tambah Nancy yang juga MP Santubong, kejohanan pickleball satu hari nanti boleh menjadi satu sukan popular dan dijadikan acara tahunan seperti Rainforest World Music Festival (RWMF).

“Kita telah menyenaraikan sesi demo pickleball di Karnival Sukan Santubong 2023 yang diadakan pada 17 Disember ini,” kata Nancy.

Sementara itu, beliau mengucapkan tahniah kepada Kelab RB Pickleball Rinduk and Kelab Rekreasi Berimbai atas usaha menganjurkan kejohanan pickleball yang melibatkan 13 pasukan.

Kejohanan selama 3 hari itu dianjurkan dengan kerjasama Damai Beach Resort dan RB Homestay and Farms.

Pada kejohanan sukung kali ini, Pasukan Kelab RB Rinduk muncul juara setelah mengalahkan Pasukan Grab.

Hadir sama Pengerusi Penganjur Ruslan Bujang dan Pengurus Besar Damai Beach dan Lagoon Resort Mohammad Fadhil Abdullah. — DayakDaily

Read Entire Article