Jalan ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Nyabor dinaik taraf

1 day ago 9
ADVERTISE HERE

KABONG, 22 Sept: Jalan menuju Tanah Perkuburan Islam Kampung Nyabor akan dinaik taraf menerusi dana projek transformasi luar bandar (RTP) Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong 2026 dengan peruntukan RM200,000.

ADUN Kabong, Dato Mohd Chee Kadir hari ini menghadiri Majlis Serahan Tapak Projek RTP berkenaan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nyabor.

Kerja projek bermula pada 14 September 2026 dan dijadualkan siap pada 9 Januari 2027.

Menurut Mohd Chee, naik taraf jalan itu bertujuan menyediakan laluan yang lebih baik dan selesa ke tanah perkuburan, sekali gus memudahkan penduduk dalam urusan pengurusan serta menziarahi pusara.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Sarawak di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) atas kelulusan peruntukan bagi projek berkenaan.

“Kelulusan projek ini mencerminkan usaha berterusan kerajaan menyediakan dan menaik taraf kemudahan asas yang diperlukan masyarakat, termasuk akses ke kawasan tanah perkuburan.

“Projek ini dijangka memberi manfaat kepada penduduk Kampung Nyabor dan kawasan sekitarnya dengan menyediakan laluan yang lebih baik untuk kegunaan masyarakat,” katanya.

Beliau berharap kerja yang dilaksanakan kontraktor dilantik berjalan lancar, mematuhi spesifikasi ditetapkan serta disiapkan dalam tempoh ditetapkan.-TVS

Read Entire Article