JBPM fokus laksana agenda pendigitalan, bina pusat kawalan C4i

10 months ago 128
ADVERTISE HERE

PUTRAJAYA: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memfokuskan pelaksanaan agenda pendigitalan pada tahun ini termasuk pembinaan pusat kawalan Command, Control, Communications, Computers and Intelligent (C4i) bagi mempertingkatkan tahap kecekapan jabatan.

Ditemui pemberita selepas majlis hormat panglima di sini hari ini, Ketua Pengarah JBPM yang baharu Datuk Nor Hisham Mohammad berkata pembinaan C4i yang menelan kos RM49 juta itu telah mendapat kelulusan.

Selain itu, katanya JBPM juga akan melancarkan sistem e-premis bagi membolehkan jabatan itu mengawal selia semua premis di negara ini.

“Semua premis berdaftar dalam satu bumbung dan semua pengurusan akan dipermudahkan,” katanya menambah projek rintis sistem tersebut sedang giat dilaksanakan.

Nor Hisham dilantik sebagai Ketua Pengarah JBPM kesembilan berkuat kuasa 8 Jan, menggantikan Datuk Seri Abdul Wahab Mat Yasin yang bersara wajib pada Disember lepas.

Beliau pernah mengetuai beberapa operasi berskala besar antaranya sebagai Komander Kanan Operasi mencari dan menyelamat helikopter terhempas di Sebuyau, Sarawak pada Mei 2016 dan Pengarah Operasi Jawatankuasa Pengurusan Kecemasan Kebangsaan (NEMC) bagi banjir di Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan pada Dis 2021. - Bernama

Read Entire Article