ADVERTISE HERE
KUCHING, 23 Sept: Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak serta orang ramai dijemput memeriahkan Program Jualan Rahmah MADANI Peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak yang menawarkan pelbagai barangan keperluan harian pada harga berpatutan.
Program berkenaan akan berlangsung pada 25 September ini di Dewan Terbuka, IPK Sarawak, sebelum diteruskan pada 26 September di Kompleks Perumahan PDRM Tabuan Jaya.
Kedua-dua program bermula jam 8.30 pagi hingga 3 petang, dengan gerai jualan dibuka bermula 8.30 pagi.
Menurut kenyataan Polis Sarawak, inisiatif itu memberi peluang kepada warga PDRM dan masyarakat setempat mendapatkan barangan keperluan harian pada harga lebih berpatutan, sekali gus membantu mengurangkan beban perbelanjaan harian.
“Orang ramai turut dijemput membawa keluarga dan rakan-rakan untuk mendapatkan pelbagai barangan keperluan yang ditawarkan sepanjang program berkenaan.
“Program itu merupakan antara usaha menyokong kebajikan warga PDRM selain memperkasa komuniti MADANI menerusi penyediaan barangan keperluan pada harga yang berpatutan,” kata kenyataan itu.-TVS

3 hours ago
8








English (US) ·