Kanak-kanak empat tahun cedera dalam kemalangan kendiri

1 hour ago 3
ADVERTISE HERE

BINTULU, 14 Sept: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun cedera dalam kemalangan kendiri membabitkan sebuah kereta di Lampu Isyarat Ibraco, hadapan Kampung Assyakirin, di sini pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, kejadian berlaku sekitar jam 8.11 pagi dan membabitkan tiga mangsa yang berada dalam kenderaan berkenaan.

Masing-masing seorang lagi lelaki dewasa dan kanak-kanak lelaki tidak mengalami kecederaan.

“Kesemua mangsa tidak tersepit dan dikeluarkan daripada kenderaan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba,” menurut kenyataan itu.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu tiba di lokasi pada jam 8.14 pagi dengan kekuatan 12 anggota menggunakan sebuah Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Emergency Medical Rescue Services (EMRS).

Mangsa yang cedera kemudian dihantar ke hospital berdekatan menggunakan EMRS Bomba untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Operasi dikawal pada jam 8.21 pagi dan tamat sepenuhnya pada jam 8.29 pagi selepas pasukan memastikan keadaan di lokasi selamat.-TVS

Read Entire Article