Karnival Jom Heboh Segulai Sejalai Sarawak akan menemui warga Borneo di Dataran Perayaan Petra Jaya, Kuching, Sarawak selama tiga hari berturut-turut pada 26, 27 dan 28 Januari 2024.

KUCHING, 23 Jan: Karnival Jom Heboh akan menjelajah ke Sarawak sebagai pembuka tirai 2024.

Media Prima dalam satu kenyataan berkata, Karnival Jom Heboh Segulai Sejalai Sarawak akan menemui warga Borneo di Dataran Perayaan Petra Jaya, Kuching, Sarawak selama tiga hari berturut-turut pada 26, 27 dan 28 Januari 2024.

“Kali terakhir penganjuran Karnival Jom Heboh Sarawak ialah pada tahun 2013.

“Selepas 11 tahun, Kamival Jom Heboh kini kembali ke Sarawak untuk membawa lebih keriangan hiburan berbentuk kekeluargaan kepada pengunjung,” katanya.

Menurut Media Prima lagi, pengunjung juga akan dihiburkan dengan Konsert Jom Heboh yang berlangsung pada 27 dan 28 Januari 2024 pada 9.00 malam.

Antara barisan penyanyi popular yang menghiburkan pengunjung adalah TujuLoca, Kaka Azraff, Liza Hanım, Nizam Laksamana. Aepul Roza, Baby Shima, Khai Bahar, Haell Husaini, Indah Ruhails, Rahmad Mega dan Rem. — DayakDaily