ADVERTISE HERE
KUCHING, 14 Sept: Kementerian Komunikasi bergerak secara proaktif untuk memastikan Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2026 yang diadakan di sini pada Rabu ini, berjalan dengan lancar.
Menterinya, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, walaupun terdapat beberapa cabaran menjelang acara itu, termasuk berkaitan sistem audio, pihaknya mengambil tindakan segera bagi memastikan segala persiapan berada pada tahap terbaik.
“Semalam, Ketua Setiausaha (Kementerian) memaklumkan ada isu melibatkan audio, jadi kita akan lihat dengan lebih rapi untuk memastikan kita dapat memberikan persembahan yang baik pada 16 September ini,” katanya.
Beliau ditemui media pada Sesi Raptai Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2026 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.
Tambahnya, beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk memastikan semua keperluan pengamal media untuk menjalankan tugas sepanjang acara itu lengkap dan dipenuhi terutama melibatkan akses internet berkelajuan tinggi.
“MCMC telah memaklumkan setakat ini semua peralatan yang perlu dipasang oleh syarikat telekomunikasi telah siap dan berfungsi dengan baik,” kata beliau.
Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2026 dianjurkan secara dalam bangunan pada tahun ini iaitu di BCCK susulan jerebu yang melanda seluruh negeri ini.

2 hours ago
5








English (US) ·