ADVERTISE HERE
KUCHING, 22 Sept: Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) berperanan sebagai penghubung dalam menyampaikan serta menjelaskan aspirasi pembangunan Sarawak kepada rakyat, bukan sekadar menyampaikan maklumat berkaitan projek dan inisiatif kerajaan.
Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Dato Fazzrudin Abdul Rahman berkata, kefahaman menyeluruh mengenai hala tuju dan objektif pembangunan negeri penting supaya KMKK dapat membantu masyarakat memahami serta menjayakan setiap inisiatif yang dilaksanakan kerajaan.
“Maklumat yang perlu disampaikan bukan sahaja berkaitan projek atau inisiatif yang dilaksanakan kerajaan, tetapi yang lebih penting adalah pemahaman mengenai hala tuju Sarawak serta objektif yang ingin dicapai oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyempurnakan Program Penerangan dan Penjelasan Isu-Isu Semasa ‘Pencapaian Inisiatif Kerajaan Sarawak’ di Pustaka Negeri Sarawak, di sini hari ini.
Menurut Fazzrudin, apabila KMKK memahami matlamat dan konsep keseluruhan sesuatu inisiatif, mereka dapat memainkan peranan dengan lebih berkesan dalam membantu kerajaan mencapai objektif pembangunan negeri.
Katanya, peranan itu turut memastikan masyarakat memahami manfaat pembangunan yang dilaksanakan, termasuk kesan limpahan kepada rakyat walaupun sesetengah inisiatif tidak dirasai secara langsung.
“Walaupun mungkin tidak semua inisiatif dapat dirasai secara langsung oleh setiap rakyat, namun kesan limpahan daripada pembangunan tersebut diyakini akan memberi manfaat kepada seluruh lapisan masyarakat,” ujarnya. – TVS

1 day ago
12








English (US) ·