ADVERTISE HERE
KUCHING: Pelbagai program menarik bakal diadakan pada Festival “Kraf Borneo Kita” bermula 29 Dis hingga 7 Jan ini di Lapang Lasar Kenyalang, Bintulu.
Menurut poster hebahan mengenai festival itu oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), antara pengisian menarik adalah pertandingan Ratu Dabong @ Kebaya dan pertandingan melukis grafiti yang akan diadakan pada 31 Dis.
Kedua-dua pertandingan tersebut menawarkan hadiah utama bernilai RM1,000.
Festival ‘Kraf Borneo Kita’ melibatkan 75 usahawan kraf tempatan dari Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia yang terdiri daripada bidang tekstil, hasil rimba, hasil tanah, hasil logam dan aneka kraf.
Selain itu, pelbagai jualan produk makanan dan minuman melibatkan 100 gerai serta persembahan pentas dengan pengisian pelbagai aktiviti menarik seperti persembahan tarian, nyanyian, persembahan buskers dan band tempatan bakal diadakan. –Bernama