Langkah Dubai: Armizan nafi dakwaan tandatangan akuan berkanun

1 year ago 113
ADVERTISE HERE

KLANG: Ahli Parlimen daripada parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Armizan Mohd Ali (gambar) beliau tidak pernah menandatangani sebarang akuan berkanun (SD) untuk menjatuhkan kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Armizan yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup berkata beliau tidak pernah didatangi mana-mana pihak berkaitan SD dan berharap perkara seperti itu tidak ditimbulkan lagi.

“Saya tidak pernah tandatangan SD, cukup-cukuplah kita tidak perlu berdiskusi mengenai perkara ini,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Penulis blog, Raja Petra Kamaruddin menerusi sebuah paparan video di Youtube sebelum ini mendakwa Langkah Dubai telah memperoleh 120 SD termasuk daripada Ahli Parlimen GRS untuk menukar kerajaan pimpinan Anwar ketika ini.

Ahli Parlimen Papar itu berkata sebaliknya tempoh masa yang ada ketika ini sepatutnya digunakan untuk meneruskan agenda yang telah direncana dan disasarkan oleh kerajaan.

Razarudin berkata polis sehingga kini menerima 43 laporan polis daripada wakil pelbagai parti politik berhubung gerakan Langkah Dubai, di seluruh negara.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan.

Berikutan itu, katanya polis telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 124(c) Kanun Keseksaan kerana cubaan untuk melakukan aktiviti memudaratkan demokrasi berparlimen.

“Selain itu, ia boleh disimpulkan sebagai aktiviti yang boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam dan menimbulkan keresahan.

“Saya boleh beri jaminan bahawa situasi negara ketika ini stabil dan polis telah pun membuat persediaan sekiranya ia (Langkah Dubai) menjejaskan ketenteraman awam negara,” katanya.

Beliau berkata rakyat Malaysia sangat prihatin akan keamanan dan polis akan memastikan keselamatan mereka semua terpelihara.

Selain itu, Razarudin berkata polis turut mengesan video blogger Raja Petra Kamaruddin yang bercakap berkaitan perkara itu (Langkah Dubai) lebih daripada 10 hari.

“Polis sedang menyiasat video tular yang menyaksikan tiga atau empat individu bercakap tentang gerakan menukar kerajaan. Salah seorang daripadanya ialah Raja Petra Kamarudin,“ katanya.

Pada 30 Dis lepas, Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti Datuk Ismail Yusop dilaporkan mendakwa “Langkah Dubai” timbul sewaktu percutian beberapa pemimpin pembangkang dan tokoh-tokoh daripada pihak kerajaan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).-Bernama

Read Entire Article