ADVERTISE HERE
KOTA SAMARAHAN, 23 Sept: Seorang lelaki cedera selepas kereta Proton Saga FLX yang dipandunya terbabas dan masuk ke dalam parit di Taman Berlian, Jalan Lingkaran Luar Bandar di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.06 pagi itu, mangsa berusia 42, ditemukan terbaring di bahagian tempat duduk hadapan kenderaan.
Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.06 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan tiba di lokasi pada jam 3.17 pagi.
Menurutnya, kemalangan itu merupakan kemalangan kendiri dan mangsa tidak tersepit di dalam kenderaan.
“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan pengusung sebelum menyerahkannya kepada pasukan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut,” kata kenyataan itu.
Operasi dikawal pada jam 3.25 pagi dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 3.52 pagi selepas keadaan di lokasi dipastikan selamat.
Operasi melibatkan tujuh anggota diketuai PBK I Paul Senum, dengan sebuah jentera FRT serta turut dibantu PDRM dan KKM.-TVS

1 hour ago
8








English (US) ·