Lelaki ditahan disyaki miliki syabu di Opar

48 minutes ago 3
ADVERTISE HERE

BAU, 22 Sept: Seorang lelaki berusia 35 tahun ditahan selepas disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah dalam serbuan di sebuah rumah kampung di Opar di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Bau, Superintendan Mohd Haide A. Rahman berkata, serbuan dilakukan kira-kira jam 10.50 pagi oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik bersama anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau.

Menurutnya, pemeriksaan terhadap suspek menemui satu keratan straw yang mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu.

“Suspek ditahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi membantu siasatan.

“Hasil ujian saringan awal air kencing terhadap suspek turut didapati positif dadah dan dia ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pihak polis menegaskan tindakan akan diambil terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan penyalahgunaan dadah boleh menyalurkannya kepada Hotline JSJN Bukit Aman di talian 012-208 7222 atau Hotline JSJN IPK Sarawak di 017-592 9211.-TVS

Read Entire Article