Lelaki ditahan disyaki terbabit kes khianat api di Sri Aman

4 hours ago 6
ADVERTISE HERE

SARATOK, 22 Sept: Seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun ditahan polis di Saratok malam tadi kerana disyaki terbabit dalam kes khianat dengan api yang dilaporkan berlaku di Sri Aman.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, suspek ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok kira-kira jam 7.15 malam.

“Tangkapan itu dibuat susulan laporan berkaitan kes khianat dengan api membabitkan sebuah premis kedai serbaneka di Jalan Kecil, Sri Aman.

“Pemeriksaan mendapati suspek berasal dari Sarikei dan menjalankan perniagaan kedai makan di Pekan Saratok sejak kira-kira 10 tahun lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, ujian saringan air kencing terhadap suspek didapati negatif, manakala polis turut merampas sebuah telefon bimbit untuk membantu siasatan.

“Suspek mempunyai lapan rekod lampau membabitkan pelbagai kesalahan di beberapa daerah di Sarawak.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan dan suspek telah diserahkan kepada BSJD Sri Aman untuk tindakan lanjut,” ujarnya.-TVS

Read Entire Article