Lelaki Ini Dakwa Kena Scam Dengan Pengantin Perempuan Di Hari Pernikahan

1 year ago 147
ADVERTISE HERE

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pelamin anganku musnah! Impian seorang pemuda di Kuching, Sarawak ingin mendirikan rumah tangga pada tahun ini tidak kesampaian malah berakhir dengan kekecewaan selepas ditipu wanita yang sudah menjadi tunangnya kerana tidak muncul pada hari perkahwinan

Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh Nurul Aiman (mangsa) tersebut di Facebook, mengatakan dia berkenalan dengan wanita yang bernama Nur Hanie Natasya Binti Taufiq Freddy Kong pada tahun 2021 sehingga telah berjumpa dengan ayah kepada wanita itu.

Jadi, pada tahun lalu mereka melangsungkan pertunangan secara kecil-kecilan dengan hanya menumpang majlis kakak ipar lelaki itu di Kuching, Sarawak.

Tulisnya, mereka sepatutnya melangsungkan majlis akad nikah pada 10 November dan majlis persandingan pada 11 November di rumah pengantin perempuan di Matu, Mukah.

Image via Nurul Aiman (Facebook)

Rombongan keluarga seramai 22 orang tiba di Daro, Mukah pada petang Khamis

Rombongan keluarganya telah tiba di homestay yang ditempah oleh bakal pengantin perempuan.

Namun, mereka terkejut apabila pemilik homestay tersebut memaklumkan bahawa tiada sebarang tempahan bilik diterima pada tarikh berkenaan.

"Aku pun telefon bakal pengantin perempuan berkali-kali tapi tiada respons. Disebabkan dah terlalu penat sangat, nak tak nak terpaksa juga bayar guna duit sendiri untuk homestay termasuk perbelanjaan lain yang sepatutnya diuruskan pihak pengantin perempuan.

"Aku masih lagi cuba untuk positif thinking. Aku ambil masa untuk berehat dan siapkan apa yang patut untuk majlis kami keesokkan hari," tulis Nurul Aiman.

Pada hari sepatutnya berlangsungnya akad nikah, dia dan keluarganya telah tiba di rumah tunangnya tetapi dia pelik apabila rumah tersebut kosong seolah-olah tiada sebarang majlis serta tunangnya sekeluarga turut tidak membalas pesanan dihantarnya.

“Sampai je kat situ dah rasa pelik sebab macam tak ada apa-apa sambutan, kosong! Persiapan majlis langsung tak ada.

“Saya cuba telefon bakal pengantin perempuan dengan bapa dia, dua-dua tak boleh dihubungi. Alamat betul, tapi rumah tak ada orang. Memang dah agak sesuatu yang tak kena," kata Nurul Aiman.

Image via Nurul Aiman (Facebook)

Bukan hanya majlis perkahwinan sahaja ditipu malah nama juga dipalsukan

Setelah rasa ada sesuatu yang tidak kena, lelaki itu bersama keluarganya membuat keputusan ingin pergi ke rumah jiran sebelah untuk bertanya.

“Kami ambil keputusan nak pergi rumah jiran sebelah, rupanya tuan rumah itu emak saudara si pengantin perempuan.

“Jadi kita orang beritahu tujuan datang dan tanya tentang pengantin perempuan. Kita orang tanya sama ada kenal tak dengan pengantin perempuan tu.. Bertambah geram dan terkejut bila mereka beritahu nama sebenar dia (nama lain). Apa yang lagi parah perempuan tu sudah berkahwin dan ada anak,” ceritanya.

Bapa yang sepatutnya menjadi teladan yang baik untuk anak juga turut bersubahat dalam penipuan

Menyuarakan kekesalannya, Aiman juga tergamam kerana bapa kepada tunangnya itu tergamak untuk bersubahat menipunya.

"Ayah dia pun tak jujur dari awal. Kenapa seorang ayah sanggup biarkan anak dia bertunang dengan aku sedangkan dia sendiri tahu anak dia tu bini orang? Memang tak terkata, kecewa, marah, sedih semua ada, tak mampu dah aku nak cakap apa masa tu.

"Dengan kos kerugian persiapan perkahwinan lagi. Duit hantaran dah diberi juga, maruah keluarga aku lagi, mana nak letak? Kami datang dari jauh dan rasa tertipu.

“Banyak lagi benda yang dia tipu tapi tak mampu nak tulis panjang dekat sini,” tulisnya lagi.

Image via Nurul Aiman (Facebook)

Bakal isteri didakwa bertugas sebagai anggota badan beruniform

Menurutnya, wanita tersebut merupakan seorang yang bertugas dalam pasukan badan beruniform dan menjawab persoalan ramai mengenai proses daftar nikah, dia mengatakan urusan itu diselesaikan oleh pihak perempuan.

"Kau dah malukan aku dengan keluarga aku. Kau tu kerja badan beruniform tapi kenapa perangai kau tak macam baju yang kau pakai tu? Kau dah mencemar dan merosakkan imej jabatan.

"Kami sekeluarga pun dia berani tipu apa lagi dalam jabatan. Harap ada tindakan yang tegas diambil ke atas anggota ini," kata Aiman lagi.

Difahamkan, dia telah mengalami kerugian sebanyak RM30,000 ringgit untuk segala persiapan perkahwinan dan juga wang hantaran bernilai RM8,000 juga dipercayai lesap.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Read Entire Article