ADVERTISE HERE
KUCHING, 13 Sept: Seorang lelaki maut selepas Perodua Kenari dipandu terbabas sebelum terbalik ke dalam parit dalam kemalangan kendiri di Jalan Sungai Moyan di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian jam 3 pagi itu, mangsa, Jeffery Dion, 41, yang bekerja sebagai tukang masak, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Penolong Pegawai Perubatan Hospital Umum Sarawak (HUS).
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Barry William berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa memandu kenderaan berkenaan secara bersendirian dari arah Pines Square, Batu Kawa menuju ke Kampung Sagah, Jalan Matang.
“Siasatan awal mendapati ketika tiba di lokasi kejadian, Perodua Kenari berkenaan sedang bergerak lurus sebelum mangsa dipercayai hilang kawalan kenderaan dipandunya.
“Kenderaan itu kemudian terbabas ke bahu kanan jalan sebelum berpusing dan terbalik di dalam parit.Impak kemalangan turut menyebabkan mangsa tercampak keluar dari kenderaan ke kawasan parit di bahu kanan jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, Bahagian Trafik IPD Padawan menerima makluman mengenai kemalangan itu pada kira-kira jam 10.30 pagi sebelum sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi untuk menjalankan siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Polis turut menjalankan tindakan lanjut termasuk mengambil gambar di lokasi kejadian, mencari saksi bagi membantu siasatan serta menahan kenderaan berkenaan untuk pemeriksaan Puspakom,” ujarnya.-TVS

1 hour ago
4








English (US) ·