ADVERTISE HERE
LIMBANG, 12 Sept: Sibu terlepas peluang membawa pulang tiga mata selepas terikat 1-1 dengan Limbang dalam aksi Liga Premier Sarawak 2026 Zon B (Utara) di Kompleks Sukan Limbang, hari ini.
Sibu membuka jaringan menerusi Abg Mohamad Eiffwan Abg Kassim pada minit ke-30 untuk mendahului 1-0.
Bagaimanapun, Limbang tidak mengalah dan berjaya menyamakan kedudukan menerusi Izzan Syahrizal Awang Midun pada masa tambahan minit ke-92.
Keputusan 1-1 kekal sehingga wisel penamat, sekali gus menyaksikan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata.
Setiausaha Persatuan Bola Sepak Sibu, Mohd Faizal Bujang, mengakui pasukannya mensasarkan tiga mata bagi memburu kedudukan teratas kumpulan, namun terpaksa berpuas hati dengan satu mata.
“Perlawanan sangat sengit dengan semangat kesukanan tinggi daripada kedua-dua pasukan. Memang misi kami untuk mendapatkan tiga mata, tetapi saat akhir kami hanya memperoleh satu mata,” katanya selepas perlawanan.
Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Limbang, Frederick Lalung, berpuas hati dengan persembahan pemainnya dan yakin pasukan mampu mencatat kemenangan ketika menentang Bintulu minggu depan. – TVS

43 minutes ago
3








English (US) ·