Mangsa banjir di Perak dan Selangor menurun, tiga PPS dibuka di Sarawak dan Kuala Lumpur

11 hours ago 5
ADVERTISE HERE

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Perak dan Selangor menurun manakala tiga pusat pemindahan sementara (PPS) membabitkan kawasan di Sarawak serta Kuala Lumpur mula beroperasi, setakat 4 petang ini.

Menurut Laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), di PERAK seramai 314 orang daripada 86 keluarga telah ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS), berbanding dengan 354 orang daripada 102 keluarga pada pagi tadi. Banjir di negeri itu melibatkan daerah Hilir Perak, Perak Tengah, dan Kerian.

Di SELANGOR, bilangan mangsa menurun kepada 88 orang daripada 26 keluarga yang berlindung di dua PPS membabitkan daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor, berbanding 111 mangsa daripada 41 keluarga pagi tadi.

Sementara itu, di SARAWAK, seramai 116 orang daripada 29 keluarga ditempatkan di dua PPS yang beroperasi di Betong dan Kuching, manakala seramai lima orang daripada satu keluarga berlindung di PPS di Sentul, di sini.

Berdasarkan laman sesawang Public Infobanjir memaklumkan paras air sungai di Benawa, Miri di Sarawak berada pada tahap bahaya.

Read Entire Article