MITSA perkasa pembangunan modal insan pelajar Sarawak sejak 2005

4 days ago 26
ADVERTISE HERE

KUCHING, 26 September:Persatuan Alumni Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak (MITSA) terus memperkasa pembangunan modal insan pelajar menerusi program motivasi dan bimbingan yang dilaksanakan di beberapa lokasi di Sarawak sejak 2005.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, usaha itu mencerminkan komitmen alumni untuk menyumbang semula ilmu, pengalaman dan kepakaran kepada masyarakat, selain mengekalkan hubungan sesama ahli.

“Sebagai alumni UiTM, saya amat berbangga dengan usaha MITSA yang aktif melaksanakan program-program pembangunan modal insan serta khidmat masyarakat di seluruh Sarawak, ” katanya.

Nancy berkata demikian dalam ucapannya sebelum merasmikan Program Motivasi dan Bimbingan Peluang Pengajian Pelajar Sekolah Menengah anjuran Persatuan Alumni UiTM Sarawak (MITSA) yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bako, pada Sabtu.

Menurutnya, program berkenaan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kepentingan merancang hala tuju pendidikan serta menentukan bidang pengajian yang ingin diceburi selepas menamatkan persekolahan.

Katanya, program motivasi dan bimbingan seumpama itu telah dilaksanakan di beberapa lokasi termasuk Mukah, Lawas, Simunjan, Saratok dan Miri.

Beliau berkata, penglibatan alumni yang mempunyai pengalaman serta kepakaran dalam pelbagai bidang mampu membantu pelajar membina visi dan merancang kehidupan selepas tamat persekolahan.

Nancy turut berharap usaha berterusan MITSA dalam pembangunan modal insan dapat membantu melahirkan generasi Sarawak yang berilmu, berkemahiran, berkeyakinan dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.-TVS

Read Entire Article