ADVERTISE HERE
KUCHING, 15 Sept: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) melaksanakan operasi Task Force Kutipan Tunggakan Cukai Taksiran di sekitar Matang Jaya dan kawasan berhampiran bagi mengesan pemilik premis yang masih mempunyai tunggakan cukai semalam.
Operasi yang berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 1 tengah hari itu memberi tumpuan kepada pemilik kediaman dan premis bangunan yang mempunyai tunggakan cukai taksiran melebihi tiga tahun.
Menurut kenyataan MPP, pelaksanaan operasi tersebut bertujuan mengutip tunggakan cukai di samping meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai tanggungjawab menjelaskan cukai taksiran bagi menyokong pembangunan dan kesejahteraan kawasan setempat.
“MPP turut mengingatkan pemilik premis supaya menjelaskan cukai taksiran dalam tempoh ditetapkan bagi mengelakkan dikenakan denda lewat bayar atau surcaj.
“Orang ramai juga diseru menjadi pembayar cukai yang bertanggungjawab dan berhemah demi memastikan kemudahan serta perkhidmatan awam dapat terus disediakan kepada penduduk,” kata kenyataan itu.-TVS

53 minutes ago
4








English (US) ·