Beliau telah memenangi pingat emas acara 3 meter (m) papan anjal lelaki.
Cover image via @tvsarawak (TikTok) & MUHAMAD IQBAL/ Utusan
Kehangatan Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 masih dirasai
Antara momen yang menjadi tumpuan ramai adalah persembahan cemerlang penerjun Sarawak, Elvis Priestley Clement.
Beliau telah meraih emas dalam acara tiga meter papan anjal SUKMA 2024 di Pusat Akuatik Pandelela Rinong Kuching semalam.
Elvis Priestley berjaya mengumpul 415.15 mata dalam saingan akhir itu.
Sekali gus menewaskan dua pencabar dari Wilayah Persekutuan, Rui Jie Yong (tempat kedua) dan Nurqayyum Nazmi Mohamad Nazim (tempat ketiga).
Ramai berharap mampu jadi wakil Malaysia untuk sukan Olimpik
Selain namanya yang mencuri perhatian ramai kerana namanya seakan sama dengan penyanyi rock lagenda Amerika Syarikat, Elvis Presley.
Ramai juga yang terpegun dengan persembahan pemuda itu dan berharap agar anak muda dari Sarawak berkenaan mampu mewakili Malaysia di Olimpik suatu hari nanti.
Malah, bukan itu sahaja ada juga yang berpendapat terjunannya itu setanding dengan penerjun dari China yang sering menjadi tumpuan dunia.
Lihat antara komen-komen daripada netizen di bawah:
Lihat video itu di bawah:
Akuatik Terjun (L): Atlet Sarawak, Elvis Priestley Clement memenangi pingat emas 3m papan anjal. Liputan langsung SUKMA XXI Sarawak 2024 di TVS saluran 122 MYTV, Unifi TV dan Astro dan juga tvsarawak.my/StadiumSUKMATVS #SUKMA2024 #StadiumSUKMATVS #OohaaSUKMA
original sound - tvsarawakKalau persembahan yang konsisten macam ini, memang jauh dia boleh pergi :D
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik: