Operator taska perlu hubungi penjaga jika anak tak hadir, kata Nancy

11 months ago 71
ADVERTISE HERE

SOP semasa perlu dikemas kini susulan kes kematian kanak-kanak tertinggal di dalam kereta yang makin kerap berlaku kebelakangan ini, kata menteri itu.

Pihak taska juga perlu juga ada nombor telefon ahli keluarga terdekat lain jika ibu bapa kanak-kanak yang tidak hadir tidak dapat dihubungi, kata Nancy Shukri. (Gambar Facebook)

KUCHING: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan mewajibkan operator taman asuhan kanak-kanak (taska) menghubungi ibu bapa sekiranya anak mereka tidak hadir bagi mengelakkan kes kematian kanak-kanak tertinggal di dalam kereta.

Menterinya, Nancy Shukri berkata, prosedur operasi standard (SOP) berkenaan perlu dikemas kini susulan beberapa kes yang berlaku sejak kebelakangan ini apabila penjaga terlupa menghantar anak mereka di premis taska, sebaliknya meninggalkan mereka di dalam kereta.

“Sekiranya ibu bapa tidak dapat dihubungi, perlu juga ada nombor telefon kecemasan bagi membolehkan taska menghubungi seperti ahli keluarga terdekat,” katanya kepada pemberita selepas majlis Malam Media Sarawak semalam.

Beliau menambah, ini usaha yang dapat dilakukannya kerana berada bawah bidang kuasanya, berbanding saranan lain seperti melarang penggunaan cermin kereta gelap yang berada bawah bidang kuasa kementerian lain.

Setakat Oktober lepas sehingga kini, tiga kes kanak-kanak maut berikutan tertinggal di dalam kereta telah dilaporkan, menurut Nancy.

Tags

kanak-kanakkeretaNancy ShukriSOPtaskatertinggal dalam kereta

Related news

Read Entire Article