ADVERTISE HERE
KUCHING, 24 Sept: Dua kenderaan mewah disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak selepas didapati melakukan kesalahan membabitkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) serta perlindungan insurans yang telah tamat tempoh dalam Ops Luxury di Bandaraya ini pada Rabu.
Operasi yang dilaksanakan Unit Operasi JPJ Kuching itu dijalankan menerusi rondaan dan pemantauan bagi mengesan kesalahan berkaitan peraturan serta perundangan jalan raya.
Menurut kenyataan JPJ Sarawak, tindakan penyitaan terhadap kedua-dua kenderaan berkenaan dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang yang sedang berkuat kuasa.
“Tindakan penyitaan terhadap kedua-dua kenderaan berkenaan dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang yang sedang berkuat kuasa.
“JPJ Sarawak menasihatkan semua pemilik dan pengguna kenderaan supaya memastikan LKM serta perlindungan insurans sentiasa sah sebelum kenderaan digunakan di jalan raya,” kata kenyataan itu.
Pematuhan terhadap peraturan berkenaan penting bagi memastikan kenderaan mempunyai perlindungan yang sewajarnya, selain menjamin keselamatan semua pengguna jalan raya.
JPJ Sarawak akan terus melaksanakan rondaan, pemantauan dan penguatkuasaan secara berterusan bagi meningkatkan tahap pematuhan terhadap undang-undang jalan raya. -TVS

1 hour ago
5








English (US) ·