ADVERTISE HERE
KUCHING, 14 Sept: Pameran Perayaan Hari Malaysia diperluas ke 10 bahagian lain di Sarawak, selain dibuka di Kuching, Putrajaya dan Kota Kinabalu.
Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, bahagian-bahagian itu ialan Serian, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang.
Kata beliau, pameran itu diadakan bagi memberi peluang kepada orang ramai memahami dan menghayati sejarah pembentukan Malaysia serta Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
“Kita boleh lihat dan telusuri sejarah proses bermula 1961 daripada idea yang diutarakan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman hinggalah terbentuknya Malaysia pada 16 September 1963,” kata beliau.
Fahmi berkata demikian pada sidang media Perasmian Pameran Sambutan Perayaan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2026 di sini, hari ini.
Pameran yang diadakan bermula 10 hingga 15 September itu menggunakan konsep galeri berskala besar dan mempamerkan koridor zaman pembentukan Malaysia.
Kata beliau, galeri tersebut telah diusahakan bersama Arkib Negara Malaysia Sarawak dan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).
Antara lain ialah pameran maklumat mengenai adab dan tertib penggunaan Jalur Gemilang serta informasi tema dan logo sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026.
“Saya harap ramai yang akan dapat melihat, memahami dan seterusnya menjiwai semangat dan sambutan Hari Malaysia,” kata beliau. -TVS

7 hours ago
9








English (US) ·