PAWE Limbang, Kinmen Taiwan perkukuh jalinan budaya

3 hours ago 3
ADVERTISE HERE

LIMBANG, 28 Sept: Program Kunjungan dan Pertukaran Budaya antara Limbang dan Kuching bersama delegasi dari Kinmen, Taiwan berupaya memperkukuh hubungan serta menggalakkan perkongsian budaya kedua-dua pihak.

Program itu disertai seramai 30 orang delegasi dari Kumpulan Koir Kinmen Taiwan dan 10 orang ahli Kumpulan Busana Cina dari Kuching bertempat di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Limbang.

Pengerusi PAWE Limbang, Penghulu Ang Chiw Kiam berkata, program berkenaan menjadi platform bagi memperkukuh hubungan serta menggalakkan perkongsian budaya antara masyarakat dari Kinmen dan Sarawak menerusi persembahan seni, muzik dan busana tradisional.

“Program ini diadakan untuk mengeratkan hubungan persahabatan dan memperkenalkan budaya serta kesenian antara para peserta dari Kinmen, Taiwan, Kuching dan warga emas PAWE Limbang,” katanya kepada media hari ini.

Kata Ang, selain menjadi medan pertukaran pengalaman, para peserta berpeluang mengenali lebih dekat kepelbagaian budaya dan tradisi yang diamalkan oleh masyarakat wilayah terlibat.

“Inisiatif seumpama ini dilihat mampu memperluas jaringan persahabatan dan kerjasama dalam bidang kebudayaan, selain mempromosikan kebudayaan Limbang di peringkat antarabangsa,” katanya.

Turut diadakan pada majlis itu ialah persembahan koir dari Kinmen, Taiwan dan persembahan tarian daripada Kuching Hanfu Society. -TVS

Read Entire Article