Pemandu cedera dalam nahas dengan lori di Jalan Stabau

6 days ago 16
ADVERTISE HERE

SIBU, 24 Sept: Seorang pemandu Toyota Avanza cedera selepas kenderaan dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Stabau, di sini, hari ini.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu melibatkan dua mangsa lelaki.

“Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Jaya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.30 pagi sebelum enam anggota bersama sebuah jentera FRT digerakkan ke lokasi.

“Pasukan tiba di lokasi pada jam 11.47 pagi dan mendapati kemalangan membabitkan sebuah lori dan Toyota Avanza,” kata kenyataan itu.

Pemandu lori tidak mengalami kecederaan, manakala pemandu Toyota Avanza mengalami kecederaan.

Mangsa yang cedera dihantar ke hospital menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ketibaan pasukan bomba di lokasi.

Tiada mangsa dilaporkan tersepit dalam kenderaan dan tiada operasi menyelamat dijalankan.

Pasukan bomba hanya menjalankan pemantauan keselamatan serta mengambil maklumat sebelum operasi ditamatkan pada jam 12 tengah hari.  – TVS

Read Entire Article