Penduduk luar bandar boleh jana pendapatan menerusi masakan

4 hours ago 8
ADVERTISE HERE

SRI AMAN, 22 Sept: Kemahiran memasak bukan sekadar aktiviti harian, malah mempunyai nilai sosial dan ekonomi yang mampu memberi manfaat kepada masyarakat luar bandar.

Ahli Parlimen Sri Aman, Dato Sri Doris Sophia Brodie berkata, ia dapat menggalakkan pemakanan sihat, memelihara resipi tradisional dan mengeratkan hubungan kekeluargaan.

“Selain untuk kegunaan harian, kemahiran memasak juga boleh dimanfaatkan bagi menjana pendapatan menerusi perniagaan makanan dari rumah, katering, gerai dan penghasilan produk makanan tradisional.

“Perkembangan industri makanan tempatan turut memberi manfaat kepada petani, nelayan dan penternak, selain berpotensi menyumbang kepada sektor pelancongan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Penangguhan Kursus Dapur Sihat Keluarga anjuran KEMAS Sri Aman di Rumah Rami Jaritan, Sebemban Asal, semalam.

Menurutnya, bidang memasak juga tidak lagi hanya untuk wanita kerana ramai cef terkenal di restoran dan hotel terkemuka terdiri daripada lelaki.

Menyentuh Pilihan Raya Negeri (PRN), beliau menyeru rakyat memberikan sokongan kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi memastikan kesinambungan pembangunan Sri Aman khususnya dan Sarawak amnya.

“Peruntukan RM1.5 bilion yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini merupakan langkah interim sementara formula tetap di bawah Perkara 112D dimuktamadkan melalui rundingan berterusan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak,” ujarnya.-TVS

Read Entire Article