Penggiat seni dan budaya digesa manfaat dana disediakan Kerajaan Sarawak

53 minutes ago 4
ADVERTISE HERE

KUCHING, 23 Sept: Kerajaan Sarawak menggesa golongan belia, khususnya penggiat seni dan budaya, supaya lebih proaktif memanfaatkan Dana Industri Kreatif yang menyediakan peruntukan RM5 juta setahun dalam bentuk geran atau pemberian terus.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata sambutan terhadap dana berkenaan masih rendah berbanding Dana Acara yang menerima lebih banyak permohonan daripada penganjur acara di Sarawak.

“Dana ini bukanlah pinjaman, tetapi geran atau pemberian terus. Jadi, mereka yang memerlukan dana ini harus datang memohon kepada kita,” katanya pada sidang media Program Persidangan Integriti Sukan Kebangsaan Sarawak (SNSIC) 2026 di sini, hari ini.

Beliau berkata, selain Dana Industri Kreatif, Dana Mudahcara Warisan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak turut disediakan bagi membantu golongan belia yang terbabit dalam industri kreatif, khususnya bidang kesenian.

Katanya, bagaimanapun, jumlah permohonan bagi skim berkenaan setakat ini masih belum mencapai tahap yang diharapkan.

“Dana ini mempunyai syarat kelayakan asas dan dikhususkan kepada golongan belia, sama ada secara individu atau melalui persatuan,” katanya.

Abdul Karim berkata, Dana Industri Kreatif Belia turut terbuka kepada pelajar institusi pengajian tinggi dalam bidang kesenian dan kebudayaan yang mahu meningkatkan keupayaan serta mengembangkan potensi dalam industri kreatif.

Dalam pada itu, beliau berkata pihak kementerian akan menyemak semula status permohonan yang diterima bagi memastikan setiap permohonan diproses dan tiada yang masih belum mendapat maklum balas daripada jawatankuasa berkaitan.

“Kita akan semak semula semua permohonan yang diterima supaya tiada yang tercicir dan setiap permohonan mendapat maklum balas sewajarnya,” katanya.

Read Entire Article