ADVERTISE HERE
KOTA SAMARAHAN, 23 Sept: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan waris atau ahli keluarga seorang wanita tempatan berusia lingkungan 20-an yang ditemui di sekitar Tabuan Jaya, Kuching.
Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Superintendan Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata, wanita berkenaan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan tidak dapat memberikan maklumat berkaitan identiti, alamat tempat tinggal atau warisnya.
“Orang ramai yang mengenali wanita terbabit atau mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi Balai Polis Kota Samarahan di talian 082-662101.
“Kerjasama orang ramai amat diperlukan bagi membantu pihak polis mengenal pasti wanita berkenaan serta mengesan waris atau ahli keluarganya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Orang ramai turut diminta membantu menyebarkan hebahan berkenaan bagi memudahkan usaha mengesan waris wanita terbabit. -TVS

1 hour ago
5








English (US) ·