RM480,000 naik taraf 400 lampu jalan kepada LED di Senadin

1 hour ago 7
ADVERTISE HERE

MIRI, 23 Sept: Sebanyak RM480,000 diperuntukkan bagi menggantikan 400 lampu jalan kepada lampu LED di beberapa kawasan dalam Senadin.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, penggantian itu bertujuan meningkatkan tahap pencahayaan susulan aduan berhubung keadaan lampu jalan sedia ada yang kurang terang.

Menurutnya, kerja berkenaan melibatkan kawasan Desa Senadin, Jalan Ilmu, Jalan Sukma, Jalan Sena, Jalan Mulia, Jalan Kiambang, Jalan Datuk Permaisuri 3C, Jalan Datuk Permaisuri 2, Jalan Murni Utama, Jalan Datuk Permaisuri 3 dan sebahagian Jalan Riam.

“Lampu dijangka tiba pada awal Oktober dan kerja penggantian akan bermula sekitar pertengahan Oktober serta disasarkan siap pada November,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin berkata demikian pada sidang media berhubung cadangan projek di bawah kawasan N75 Senadin, di Majlis Bandaraya Miri (MBM), di sini, hari ini.

Tambah Kin Shin, penggantian lampu jalan kepada LED dilaksanakan bagi meningkatkan tahap pencahayaan susulan aduan penduduk berhubung keadaan lampu sedia ada yang terlalu malap.

Jelas beliau, pelaksanaan projek itu turut menjadi antara langkah susulan selepas beberapa kawasan di Senadin dilanda banjir pada awal tahun ini. – TVS

Read Entire Article