ADVERTISE HERE
KUCHING, 10 Ogos: Agensi Pembangunan Sri Aman (SADA) menyokong penuh pembinaan kemudahan tambahan di Hospital Sri Aman 2.
Pengerusinya Dato Sri Rohani Abdul Karim berkata, ia melibatkan Pelan Pembangunan Klinik Kesihatan baharu Sri Aman dan Pembangunan Blok Wad Psikiatrik, Klinik Pakar dan menaiktaraf Dewan Bedah 3 di Hospital Sri Aman 2.
“Ahli Jawatankuasa Pemandu SADA menyokong penuh cadangan tersebut bagi memenuhi keperluan rakyat yang semakin bertambah,” katanya.
Rohani berkata demikian ketika menerima kunjungan Pengarah Kesihatan Sarawak di Wisma Bapa Malaysia baru-baru ini.
Kunjungan tersebut adalah untuk menyusuli permintaan Jabatan Kesihatan Sarawak untuk mendapatkan peruntukan dana daripada SADA untuk melaksanakan projek tersebut yang perlu dilaksanakan di Hospital Sri Aman 2.
Ia memandangkan tapak Hospital Sri Aman 1 telah diperuntukan untuk melaksanakan Projek Klinik Kesihatan Jenis 2, Pejabat Kesihatan, Pejabat Pergigian dan Makmal Ubat dan Stor. — DayakDaily