Sarawak belanja RM300 juta ubah dan naik taraf venue Sukma 2024

3 months ago 21
ADVERTISE HERE
Abdul Karim berucap di Majlis Makan Malam Rasmi Sukma 2024. Foto: Jabatan Penerangan

Advertisement

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 21 Ogos: Kerajaan Sarawak telah membelanjakan RM300 juta bagi mengubahsuai dan menaik taraf kemudahan sukan terutamanya venue Sukan Malaysia (Sukma) 2024.

Menurut Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, bantuan peruntukan bagi tujuan tersebut dikongsi bersama oleh kerajaan Sarawak dan kerajaan persekutuan.

Advertisement

“Selain berperanan untuk mencungkil bakat sukan generasi muda, Sukma juga dilihat dapat memberi ruang negeri-negeri yang menjadi tuan rumah untuk mengubahsuai dan menaik taraf kemudahan sukan terutamnya venue pertandingan,” katanya.

Abdul Karim berkata demikian di Majlis Makan Malam Rasmi Sukma 2024 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, malam ini.

Majlis disempurnakan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Bagi pesediaan penganjuran, tambah Abdul Karim, pihak tuan rumah memerlukan perancangan rapi dari segenap sudut.

Katanya, ia memerlukan sinergi baik dari kalangan kementerian, jabatan, agensi dari persekutuan dan negeri yang ada di Sarawak.

“Atas komitmen semua pihak yang terlibat di bawah jawatankuasa induk, Sarawak telah berjaya telah menerima kehadiran semua atlet dan pegawai pertandingan.

“Mereka yang telah mula berkampung di Bumi Kenyalang beberapa hari sebelum tirai sukan Sukma dibuka secara rasminya pada 17 Ogos yang lalu,” ujarnya.

Sukma 2024 di Sarawak melibatkan 37 jenis sukan dan 488 acara yang mengumpulkan penyertaan sekitar 15,000 atlet dan pegawai dari semua negeri termasuk negara Brunei Darussalam.

Penganjuran kali ini melibatkan 37 lokasi pertandingan di 9 bahagian di Sarawak.

Hadir sama Menteri Belia Dan Sukan Hannah Yeoh. — DayakDaily

Read Entire Article