ADVERTISE HERE
KUCHING, 22 Sept: Sarawak perlu dilihat sebagai sebuah keluarga besar yang memerlukan perancangan kewangan, pembangunan aset dan pelaburan jangka panjang bagi memastikan manfaatnya dapat diwariskan kepada generasi akan datang.
Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Dato Fazzrudin Abdul Rahman berkata, pendekatan Kerajaan Sarawak dalam mengurus pembangunan negeri adalah berasaskan prinsip sama seperti sebuah keluarga yang mengurus pendapatan untuk keperluan hari ini, membina aset serta menyediakan masa depan lebih baik untuk anak cucu.
“Sebagaimana sebuah keluarga, kita bukan sahaja menggunakan pendapatan untuk keperluan semasa, tetapi kita juga perlu membina aset, mendidik anak-anak dan membuat simpanan untuk masa depan. Begitu juga cara kita melihat Sarawak sebagai sebuah keluarga yang besar,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Penerangan dan Penjelasan Isu-Isu Semasa ‘Pencapaian Inisiatif Kerajaan Sarawak’ di Pustaka Negeri Sarawak, di sini hari ini.
Menurut Fazzrudin, setiap inisiatif yang dilaksanakan kerajaan perlu difahami secara menyeluruh kerana pembangunan bukan hanya berkaitan projek fizikal, tetapi turut melibatkan pelaburan dalam modal insan, pendidikan, ekonomi dan kemudahan asas rakyat.
Katanya, hasil pembangunan yang dilaksanakan mungkin tidak semuanya dapat dirasai secara langsung dalam tempoh singkat, namun kesan limpahan akan memberi manfaat kepada masyarakat dalam jangka panjang.
“Kadang-kadang kita tidak melihat hasilnya pada hari ini, tetapi apa yang kita bina sekarang adalah untuk memastikan anak-anak dan cucu-cucu kita menikmati kehidupan yang lebih baik pada masa hadapan,” ujarnya. – TVS

48 minutes ago
5








English (US) ·