ADVERTISE HERE
MIRI, 26 Sept: Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew menyumbang RM20,000 kepada lima buah gereja Sidang Injil Borneo (SIB) sempena Hari Jualan Makanan dan Kutipan Dana Misi dan Penginjilan Miri SIB, hari ini.
Beliau berkata, sumbangan tersebut masing-masing berjumlah RM4,000 kepada setiap gereja bagi membantu usaha mengumpul dana sebanyak RM100,000.
“Saya akan merekodkan sumbangan sebanyak RM20,000. Untuk lima gereja, saya berikan RM4,000 setiap satu, jadi jumlahnya RM20,000 sebagai sebahagian daripada kutipan dana ini,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan di sini, hari ini.
Menurutnya, penganjuran program yang menghimpunkan kira-kira 2,050 jemaah daripada lima buah gereja SIB itu mencerminkan semangat perpaduan dan kebersamaan dalam kalangan komuniti Kristian di Miri.
Jelas beliau, peranan gereja turut penting dalam memelihara keharmonian masyarakat Sarawak yang terdiri daripada pelbagai agama dan kaum.
“Di Sarawak, kita sangat menghargai keamanan dan keharmonian. Kita saling menghormati antara satu sama lain dan inilah yang perlu kita teruskan untuk generasi akan datang,” ujarnya.
Tambah beliau, kerajaan Sarawak terus memberi penekanan terhadap pembangunan pendidikan, infrastruktur, ekonomi dan kesejahteraan rakyat menerusi aspirasi pembangunan Sarawak ke arah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030. – TVS

4 days ago
23








English (US) ·