ADVERTISE HERE
KUCHING, 23 Sept: Duta Besar Republik Slovakia ke Malaysia Peter Spisiak membincangkan potensi kerjasama dalam bidang teknologi bersama-sama Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Katanya, Slovakia akan menawarkan kepakaran dan teknologi kepada Sarawak khususnya dalam bidang pengurusan air, pengurusan banjir, pengurusan sisa, teknologi alam sekitar, dan Kecerdasan Buatan (AI).
“Terdapat beberapa syarikat di Slovakia yang berpotensi menjalin kerjasama dengan Sarawak dalam bidang-bidang ini.
“Kami mungkin akan menganjurkan sesi pembentangan dalam talian yang melibatkan syarikat-syarikat Slovakia dan komuniti perniagaan di Sarawak, dengan kerjasama Persekutuan Perniagaan Sarawak (Sarawak Business Federation) serta kementerian dan jabatan tertentu dalam kerajaan Sarawak,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Kompleks Satria Pertiwi di sini, hari ini.
Dalam pada itu, beliau turut kagum akan kepelbagaian budaya dan masyarakat di Malaysia khususnya di Sarawak.
Katanya, ia merupakan satu kelebihan dan kekuatan besar Malaysia yang turut menyumbang kepada perkembangan ekonomi. – TVS

1 hour ago
6








English (US) ·