ADVERTISE HERE
KUCHING, 24 Sept: Sekolah Menengah Teknik (SMT) Sejingkat terus memperkukuh pendidikan teknikal dan digital bagi melahirkan pelajar berkemahiran tinggi serta berdaya saing di peringkat global.
Pengetua SMT Sejingkat, Puan Chan Pek Ling @ Elda berkata, usaha itu termasuk memberi pendedahan kepada pelajar terhadap kecerdasan buatan (AI) menerusi inisiatif AI Power Classroom dan One Child One Device.
Menurutnya, pendekatan berkenaan turut disokong dengan pembelajaran berkaitan Data Science, AI Fundamental serta program microcredential bagi memperkukuh kemahiran digital pelajar.
“Kami juga ingin melahirkan insan berkemahiran tinggi, berakhlak mulia dan berdaya saing di peringkat global,” katanya.
Beliau berkata, kecemerlangan pelajar bukan hanya diukur melalui pencapaian akademik, sebaliknya turut merangkumi pembentukan sahsiah, nilai kemanusiaan dan kemahiran yang diperlukan untuk menghadapi dunia pekerjaan.
Dalam pada itu, SMT Sejingkat turut memberi penekanan kepada pendidikan teknikal dalam bidang kejuruteraan awam, elektrik dan mekanikal bagi mempersiapkan pelajar ke arah kerjaya dalam bidang kejuruteraan.
“Sekolah Menengah Teknik Sejingkat adalah sekolah menengah untuk bakal jurutera. Ini adalah sekolah untuk mencipta jurutera masa depan,” ujarnya.
Tambahnya, usaha tersebut selaras dengan aspirasi sekolah untuk melahirkan generasi yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi turut mempunyai kemahiran dan nilai diri bagi menghadapi cabaran masa depan.-TVS

6 days ago
16








English (US) ·